Z.A.D.D MARTIAL ARTS CENTRE

About Us

Home | About Us | Syllabus Gelanggang | Becoming a Member | Contact Us | Events & News | Members Page | Photos | Links

ZADD Martial Arts Centre is registered with Companies Commission of Malaysia with registration no : 01717913-V
 
Gelanggang kami mengajarkan seni bela diri di bawah payung Perguruan Seni Silat Setiabakti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah No Pendaftaran 1970/90 (Wilayah Persekutuan).
 
Pelajarannya terkumpul dari 10 jenis Perguruan dan matapelajaran yang di ajar ialah Silat Seni, Beladiri dan Olahraga.
 
Sistem pelajarannya adalah RINGKAS, MUDAH dan BERKESAN dimana teknik-teknik beladiri yang diajarkan adalah yang terbaik diambil dari perguruan yang telah di pelajari dan di olah menjadikan teknik tersebut lebih ringkas dan mudah digunakan untuk masa kini.
 
Pelatih-pelatih akan terlebih dahulu diajar selok belok membela diri sebelum mempelajari teknik seni dan olahraga, adalah kerana pihak kami mahu pelatih kami dapat menggunakan ilmu yang di pelajari apabila keadaan memerlukan pelatih membela diri mereka atau orang yang di sayangi.

Perguruan Silat Setiabakti mempunyai ruangan tetap di dalam Majalah Seni Beladiri.
 
Perguruan ini juga pernah di ketengahkan oleh RTM1 dalam episode 3 siri 'GELANGGANG'
 
Perguruan Seni Silat Setiabakti juga adalah ahli dalam PESAKA

Matlamat Gelanggang

. Membina Ketahanan Fizikal dan Mental

. Membentuk keyakinan Diri Zahir dan Batin

. Membantu memartabatkan Seni Silat Melayu

. mengembangkan Ilmu Persilatan Ke Seluruh Dunia

. membina watak dan attitude yang positive dalam apa jua bidang

  yang di ceburi.

Biodata Pengasas Seni Silat Setiabakti

Pak Guru Dahlan Karim dilahirkan di Selandar, Melaka pada 1951  berminat dalam seni beladir dan telah mempelajari lebih 8 jenis persilatan Melayu. Beliau mengasas dan menubuhkan Seni Silat Setiabakti dan telah di luluskan pendaftarannya pada tahun 1994. Mengajarkan Seni Silat, Seni Beladiri dan Silat Olahraga yang telahdiolah oleh beliau dalam perguruan agar ianya Ringkas, Mudah dipelajari dan Berkesan. teknik -teknik yang di asaskan oleh  beliau adalah yang terbaik dapada perguruan-perguruan perilatan yang beliau pernah ceburi untuk menghasilkan yang Mudah ringkas dan Berkesan. 

Biodata Pengasas dan Jurulatih Gelanggang ZADD

En Azlan Azman telah berkecimpung dalam seni bela diri sejak dari zaman persekolahan beliau. Mempunyai pengalaman dalan lebih kurang 10 jenis beladiri melayu dan bukan melayu. Bermula dengan Tae Kwon Do, Shaolin, Ninjutsu.....dan akhir sekali hingga kini berkecimpung dalam Seni Silat Setiabakti. Mendapat pengiktirafan sebagai jurulatih pada tahun 2004. Mendapat latihan dalam seni tempur tangan kosong dan bersenjata tongkat,parang,pedang dan panah..serta mempunyai pengalaman menggunakan senjata api dimana beliau pernah menjadi ahli menembak SSA. Mengasaskan gelanggang beladiri dan tempur ZADD pada tahun 2006 serta mendaftar ZADD Martial Arts Centre pada tahun 2007 berpusat di Bandar Sunway, Subang Jaya.

Terbaru / Latest
En Azlan telah mendapat tauliah sebagai tenaga pengajar Senaman Tua(ST) dari AGM dan kini boleh mengajar kepada sesiapa yang berminat. Sila ke Events & News untuk jadual.

Pendekar Gelanggang Beladiri dan Tempur